Friday, January 20, 2012

Day 1: Survival.

6:00 am: aku bangun. kedengaran bunyi azan bergema memecah kesunyian pada awal pagi. aku terus terbangun. ku buka pintu bilikku dengan berhati-hati. berhati-hati agar bunyi pintu yang sedang membuka itu tadi tidak membangunkan mana-mana 'makhluk' yang siapa tahu ada di sini. aku terus menuju ke arah bilik air dan mengambil wuduk. pantas, tapi dengan berhati-hati agar aku pasti wudukku cukup sempurna. aku terus kembali ke bilik dan bersembahyang. dalam kekhusyukkanku itu, ku juga mendoakan agar diriku mampu mengharungi kesunyian untuk sepanjang hari. ku tidur kembali.

12 ptg: aku tersentak dan terbangun. aku duduk sementara sambil menge'check' sama ada telefon portalku menerima sebarang 'mesej' dari sesiapa. mana tahu, ada yang telah menerima panggilan S.O.S. aku kelmarin. namun, ahhh. tiada sebarang balasan. aku menguatkan semangat ke bilik air. dan cuba membersihkan kekotoran dari badanku. kekotoran daripada bersembunyi dari 'makhluk' yang cuba mengejar ku semalam. senjata aku masih ada peluru. namun, saban hari, semakin 'kering'.

4 ptg: hari kian gelap. radio portal aku membunyikan 'frekuensi' sedikit. namun, masih tidak dapat dibaca entah siapa yang masih hidup di luar sana. yang aku tahu, di selatan Mid Valley, dikatakan masih ada beberapa orang manusia. aku hanya mampu berharap dan mempercayai harapan tersebut. perkara tersebut merupakan pendorong aku untuk terus bertahan.

6 ptg: kedengaran bunyi guntur di langit. bunyi 'makhluk' yang tadi memecah kesunyian sekali lagi kedengaran. lebih kuat kali ini. ibunya pun sudah bangun dari beradunya. aku mula resah. aku hanya berbekalkan sedikit senjata mula memikirkan pelan seterusnya. tidak mengapa! esok, aku pasti akan bertahan juga. walaupun bekalan makanan kian kehabisan, aku berjanji akan bertahan. ya, Khalif! kita akan berjumpa semula. aku berjanji.

11 mlm: hujan yang lebat tadi mula merintik-rintik. aku melihat halaman blok aku. gelap! semuanya gelap! ah! rinduku pada kehadiran manusia bertambah dari hari ke hari. oh, Khalif. akan ku menguatkan diri. engkau pun sabarlah. dan tunggu lah kedatangan aku. kita akan bersatu semula. aku berjanji!

2 comments:

soooooour said...

dtg seorang tua mengetok pintu...
merepek2....eh..kerepek dik...sebungkus rm2...

Mercury69 said...

weyyyhhh JANGAN!!!